Alamanda Development Sdn Bhd sudah membangunkan beberapa jenis projek pembangunan Hartanah antaranya ialah Rumah Berkembar Satu Tingkat di Taman Changgang Jaya, Fasa I, Bukit Changgang, Banting. Setelah kejayaan dalam membina dan menjual Rumah Berkembar Satu Tingkat di Taman Changgang Jaya Fasa I, Alamanda Development Sdn Bhd menjalankan projek terbaru iaitu Rumah Berkembar Satu Tingkat di tanah bersebelahan projek Fasa I di Bukit Changgang. Projek terbaru masih dalam proses pembinaan dengan reka bentuk yang moden dan projek ini dijangka siap pada awal Januari 2024.