Projek ini bermula pada akhir Tahun 2019 dan Projek ini telah siap dibina pada 17 Oktober 2022. Projek ini dibangunkan di Taman Changgang Jaya, Fasa I Bukit Changgang. Projek ini tidak dapat dijalankan selama 2 Tahun mengikut masa yang ditetapkan adalah kerana mengikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan ketika Wabak Covid – 19 melanda Negara pada ketika itu. Projek yang dijalankan adalah 14 Unit Rumah Berkembar Satu Tingkat Jenis A dan 16 Unit Rumah Berkembar Satu Tingkat Jenis B.